BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

04 April 2010

Hazwani Balqis binti Mohd Hamidi :'(

Assalamualaikum.

12 MAC 2010

Malam semalam ada baca blog ayu. Jihan terkejut sangat bila dy tulis yang Balqis dapat MRSM kat Terengganu.
That time my heartbeat was like..............stop?!!
Tanpa disedari air mata mula bertakung. but, I'm try to not burst it out.
Lepas habis baca, tanpa diminta dan dipaksa, titisan jernih mengalir laju di pipi dan tak semena-mena terkeluar satu perkataan dari suaraku. "Balqis..." - , -

Tadi bukak blog Atikah. dy pun cerita pasal Balqis. sekali lagi hati nie tersentuh.
Semalam memang nak tulis pasal Balqis kat sini. but, macam tak berdaya je rasa. Alhamdulillah hari nie dapat buat.

Balqis...
Saya tumpang gembira kerana hasrat awak tercapai. tapi seriously saya rasa sedih sangat. Bila awak dah tak ada nanti, saya pasti akan merasai kehilangan awak.
Bila awak dah tak ada nanti, siapa nak study dengan saya & Adiya? dengan siapa lagi saya nak berkongsi cerita-cerita kita? siapa lagi yang nak meluahkan perasaan dan cerita dia kepada saya? siapa?

Walaupun saya tak rapat dengan awak macam Awin, Ayu, Atikah & Adiya, tapi banyak perkara yang kita kongsi bersama. suka, duka, takut, terpaksa dan sebagainya.
Saya masih ingat setiap kali awak meluahkan kesedihan awak. setiap kali awak excited menceritakan perkara-perkara yang membuatkan awak tersenyum. setiap kali awak dalam keadaan gementar. setiap kali kita merasai perasaan yang sama. dan banyak lagi.

Tak sangka minggu nie minggu terakhir awak kat SMKBB. tak dapatlah kita buat kerja sama-sama untuk hari MTQ nanti. nampaknya, awak tak akan dapat rasa naik turun ulang alik tangga macam saya nanti.
Ingat lagi peristiwa dalam surau hari tue. awak ingat tak? kelakar kan? sampai salam tangan lagi. tapi, bila awak dah pindah nanti, siapa yang nak buat benda macam tue kat saya? siapa yang nak temankan saya setiap kali ada perjumpaan PPI antara AJK?

Balqis...
Bila awak dah tinggalkan kitorang nanti, siapa yang saya nak suruh baca pantun waktu BM? siapa plak yang nak suruh saya baca pantun? siapa?
Waktu tue, mungkin hanya ada Adiya & Rad yang dekat dengan saya. no more Hazwani Balqis.
Saya memang ada ramai kawan. tapi setiap kawan itu berbeza. begitu juga awak.
Dalam ramai-ramai kawan saya, mungkin ada yang boleh selalu mengingatkan saya pada Balqis. tapi, dia tak akan sama macam Balqis.

Kalau diikutkan banyak lagi perkara yang saya nak tulis. tapi, mungkin cukup setakat ini. waktu saya menaip nie, memang bercampur perasaan saya. berbagai perasaan datang dan pergi.
Saya cuma nak awak tahu yang saya turut bergembira awak dapat MRSM, kerana itulah yang awak nak kan?Alhamdulillah.

Balqis...
Rasa sedih saya nie tak dapat diungkapkan melalui kata-kata, tak dapat dilihat pada kaca mata, tak dapat ditakrifkan di atas kertas mahupun penulisan.
Tapi melalui naluri rasa di dalam hati.

Belajar rajin-rajin Balqis. saya harap persahabatan kita forever and always. Insyaallah, saya akan mendoakan kejayaan awak di sana. Amin.

Salam sayang,
Nur Jihan Shahirah Binti Dusuki